Monday, 31 October 2011

mana KAWAN? mana SAHABAT?...carilah

Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “bahawasanya perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah sebagai pembawa minyak wangi – yang baunya harum dan tukang besi. Pembawa minyak wangi ada kalanya memberikan minyaknya padamu, atau engkau dapat membelinya, atau setidak-tidaknya engkau memperoleh untuk mencium bau yang harum daripadanya. Adapun tukang besi, ada kalanya akan membakarkan pakaianmu atau engkau akan memperoleh bau yang busuk daripadanya.” (Muttafaq ‘alaih)


Adalah menjadi satu kemestian untuk kita mempunyai kawan atau sahabat.namun apa yang dimaksudkan dengan sahabat?.bagi aku kawan dan sahabat adalah orang yang berbezaa...

~ kawan itu banyakk, senang didapati, tidak sukar dicari...
<< tapi, sahabat tu, sikitt..sukar didapati dan sukar dicari ganti..
~kawan tu hanya kongsi waktu suka...
<< tapi sahabat tu, kongsi waktu suka dan duka...
~ kawan tu ada yang baik, ada yang jahatt..
<< tapi, sahabat tu mmg da confirm baikk...kalau jahat, tu bukan namanya sahabat..


hidup kat dunia nie, x guna kalau dapat ramai kawan, kalau kawan tu semua perangai mcm hantu..lebih baikk kita x ada kawann..kalau ada kawan pon, menyakitkan hati...


n~ sekiranya kita dapat sahabat,jangan rosakkan nilai persahabatan tu..kalau sekali kita rosakkan kepercayan orang..sampai bila-2, orang x percaya kita dahh...okayy sayang??
    sekian, terima kasih#tidak dicopy dari mana-mana pihak

      Friday, 21 October 2011

      saya ANAK desa BERHATI waja!!!

      WAHAI UMAT PEMBACA DENGARLAH...


      ADAKAH ANDA MALU SEKIRANYA ANDA HARI INI LAHIR SEBAGAI ORANG YG HIDUP SUSAH..SEDARLAH WAHAI UMAT NABI MUHAMMAD SEKALIAN..ORANG ZAMAN DAHULU LAHIR DI CELAH-CELAH POHON GETAH, DI TENGAH SAWAH PADI,DI BALIK PONDOK LUSUH..TANPA JURURAWAT YANG MEMBANTU..TANPA ALATAN MODEN SEMASA MELAHIRKAN.TANPA HOSPITAL FIRST CLASS YANG MEWAH DAN SELESA. TETAPI BAGAIMANA MEREKA BOLEH CEKAL DAN TABAH MENDEPANI HIDUP??JANGAN SESEKALI BERASA TERKILAN SEKIRANYA KITA HIDUP DALAM KEADAAN SUSAH..REDALAH DALAM SETIAP KETENTUAN..SAYA BERBANGGA MENDEPANI HIDUP HARI INI..IBU DAN BAPA SAYA ADALAH SEORANG PETANI..DAN SAYA TIDAK PERNAH MALU MENGAKUINYA..PERNAHKAH ANDA TERFIKIR? DARI TITIK PELUH PETANI ITULAH LAHIRNYA SEBUTIR BERAS YANG ANDA JAMAH TIAP HARI..DARI BAU BUSUK SEORANG PETANILAH, ANDA MENIKMATI SUMBER KARBOHIDRAT UNTUK BADAN, DARI TULANG EMPAT KERAT PETANI YANG ANDA PANDANG HINA ITULAH MEMBERIKAN KEHIDUPAN UNTUK ANDA..

      DENGAN BERKAT REZEKI DARI PADI YANG DITANAM, AYAH KITA MENYARA KEHIDUPAN..JANGAN PERNAH MERUNGUT, KERANA SEKIRANYA KECIL HATI SEORANG IBU ATAU BAPA..MAKA NERAKA JAHANAM LAH JAWABNYA...REDA LAH DENGAN KETENTUAN-NYA.. ALLAH MENDUGA MAHKHLUKNYA, KERANA KITA MAMPU MENDEPANINYA,,,
      sekian, terima kasih#tidak dicopy dari mana-mana pihak

      Wednesday, 19 October 2011

      :saya BANGGA jadi anak kampung!


      Tidak kira sama ada anda tinggal di bandar atau di desa, anda sebenarnya berketurunan desa. Sebenarnya yang membangunkan kemegahan di bandar adalah anak-anak bangsa yang berasal dari kampung, dan sekiranya anda pada hari ini lahir atau membesar di bandar. Anda masih lagi berketurunan kampung, kerana nenek moyang anda berasal dari kampung. Jadi tiada istilah kampung kolot, kerana sedarlah anda juga berasal dari kampung, Yang membezakan manusia di mata Allah, bukanlah hidup di kampung atau di desa, tetapi IMAN. Namun perspektif masyarakat pada hari ini seolah-olah memandang jijik kampung.Alasannya kampung tiada pembangunan setanding bandar. Di bandar ada shopping complex bertaraf mega, ada hotel lima bintang, ada panggung wayang, ada pelbagai kemudahan.sebut saja..semua menanti di depan mata.. YA! saya anak kampung! dan saya berbangga mengakui saya anak kampung. Memang kat kampung tiada  semua tu..tapi kat kampung ada sebuah keluarga masyarakat yang besar. kampung tiada hutan batu yang memagar hubungan kejiranan.. kat kampung masyarakat hidup dengan keadaan tenang, tanpa bunyi hiruk pikuk kenderaan, dan pencemaran asap kenderaan.sebenarnya hidup di kampung lebih baik..kita dapat menghirup udara yang segar, nyaman tanpa gangguan. berbanggalah menjadi anak kampung, kerana asal anda dari kampung.

      Thursday, 29 September 2011

      Merisik Khabar

      Assalammualaikum...ini adalah coretan pertama diari anak muda yang bernama Khairuddin... Tidak megah  dari paras rupa..tapi cukuplah sekadar hati yang baik menjadi pujaan semua...kerana keperibadian dinilai dari keelokan adab dan budi...bukan dari kecantikan paras rupa...