Wednesday, 19 October 2011

:saya BANGGA jadi anak kampung!


Tidak kira sama ada anda tinggal di bandar atau di desa, anda sebenarnya berketurunan desa. Sebenarnya yang membangunkan kemegahan di bandar adalah anak-anak bangsa yang berasal dari kampung, dan sekiranya anda pada hari ini lahir atau membesar di bandar. Anda masih lagi berketurunan kampung, kerana nenek moyang anda berasal dari kampung. Jadi tiada istilah kampung kolot, kerana sedarlah anda juga berasal dari kampung, Yang membezakan manusia di mata Allah, bukanlah hidup di kampung atau di desa, tetapi IMAN. Namun perspektif masyarakat pada hari ini seolah-olah memandang jijik kampung.Alasannya kampung tiada pembangunan setanding bandar. Di bandar ada shopping complex bertaraf mega, ada hotel lima bintang, ada panggung wayang, ada pelbagai kemudahan.sebut saja..semua menanti di depan mata.. YA! saya anak kampung! dan saya berbangga mengakui saya anak kampung. Memang kat kampung tiada  semua tu..tapi kat kampung ada sebuah keluarga masyarakat yang besar. kampung tiada hutan batu yang memagar hubungan kejiranan.. kat kampung masyarakat hidup dengan keadaan tenang, tanpa bunyi hiruk pikuk kenderaan, dan pencemaran asap kenderaan.sebenarnya hidup di kampung lebih baik..kita dapat menghirup udara yang segar, nyaman tanpa gangguan. berbanggalah menjadi anak kampung, kerana asal anda dari kampung.

2 comments:

  1. mari kita bina hipotesis...
    jika tiada kampung, maka tiada bandar
    kesimpulannya, kampung adalah permulaan bagi segalanya...

    ReplyDelete